sumber:: youtube :: Did You Know? 3.0 (Official Video) -2009 Edition
~!biar gambar yang menceritakan segala yang diriku inginkan

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur misalnya). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Memo:Dipetik daripada kiriman di Facebook
sumber:link

[Petikan daripada buku "Mendidik Anak Pintar Cerdas" tulisan Dr Hasan Hj Mohd Ali, terbitan Utusan Publications & Distributors]

Ibu bapa profesional sentiasa merangsang minat membaca. Sewaktu tiga tahun pertama usia anak, otak berkembang dengan pesat dan mampu menyerap dengan mudah apa sahaja rangsangan yang diterima.

Peluang ini harus digunakan dengan bijak oleh ibu bapa untuk merangsang otak anak dan mengajar mereka sebanyak mungkin kemahiran terutamanya kemahiran membaca.

Kebolehan membaca merupakan rangsangan yang amat bererti untuk meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak.

Namun dalam ghairah merangsang intelektual anak-anak, ibu bapa harus peka kepada keinginan dan minat anak pada waktu itu.

Paksaan dan rangsangan yang terlalu banyak mungkin akan membosankan dan membebankan anak.

* * * * * *

Perkara pokok yang perlu dititikberatkan adalah menanamkan minat. Menanam minat membaca boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan seharusnya dibuat dengan penuh kesabaran tanpa paksaan.

Antara cara menanam minat membaca ialah:

  1. Sewaktu hamil, eloklah ibu membaca al-Qur’an atau berzikir dan diperdengarkan kepada janin.
  2. Melapangkan sedikit masa untuk mengajar anak. Masa tersebut perlu diisi dengan aktiviti yang berkualiti. Contoh aktiviti: Tuliskan satu perkataan ringkas dengan besar dan berwarna. Bacakan dan eja dengan jelas dan penuh kasih sayang. Atau gunakan kad bergambar (flash card) dan diikuti dengan tulisan. Tunjukkan kepada anak gambar, kemudian eja perkataan atau maklumat berkenaan gambar tersebut.
  3. Semasa di dalam kenderaan, bacakan atau baca bersama-sama anak-anak nama-nama jalan, nombor plet kereta di hadapan, papan tanda iklan dan sebagainya.
  4. Tunjukkan contoh teladan iaitu ibu bapa seharusnya menunjukkan minat membaca dengan cara selalu membaca di hadapan anak.
  5. Semasa ibu atau ayah membaca, letakkan anak yang masih bayi di pangkuan dan bacalah dengan suara yang agak kuat.
  6. Sentiasa membawa anak ke medan ilmu seperti ke pesta buku, pameran buku, ke kedai buku, ke perpustakaan dan seumpamanya.
  7. Jika bercadang memberikan hadiah, belilah hadiah buku seperti buku cerita, ensaiklopedia, kamus, buku bergambar dan sebagainya.
  8. Membiarkan anak bermain dan ‘bergaul’ dengan buku. Jangan membeli buku tetapi disimpan di dalam almari sahaja.
  9. Menyediakan peruntukan kewangan atau tabung untuk membeli dan menyediakan bahan-bahan bacaan, termasuk langganan majalah kanak-kanak dan menyediakan perpustakaan di rumah.
  10. Jangan memarahi anak kecil yang bermain dengan buku-buku anda. Sebaliknya buku-buku perlu diletakkan pada tempat yang mudah diambil oleh anak.
  11. Membacakan buku cerita dan kisah-kisah nasihat kepada anak. Contohnya sewaktu minum petang atau sebelum tidur. Aktiviti ini boleh dimulakan seawalnya apabila anak telah berusia 6 bulan.
  12. Menyediakan tempat khas supaya anak boleh mengambil dan menyimpan sendiri buku. Boleh juga disediakan beg atau bakul khas supaya anak boleh membawa buku ke mana sahaja terutamanya semasa perjalanan jauh.
  13. Membiasakan membeli buku jika anak meragam sebagai menggantikan mainan untuk mententeramkannya.
  14. Sentiasa memberi pujian dan penghargaan kepada usaha-usaha dan pencapaian anak untuk membaca.
sumber:link

"Pengaruh adalah gagasan yang didorong dengan kekuatan pemikiran yang mendominasi seluruh jiwa raganya." Huzaidi Hadis

Ramai orang percaya jawatan dan kedudukan sebagai prioriti nombor satu bagi membina pengaruh. Tanpa jawatan, tidak ada pengaruh. Itu definisi mudah yang dipropagandakan. Bermula sebagai andaian, ia menjadi kebenaran yang tidak dibuktikan.

Lima tahun sebelum buku ini ditulis, ada seorang yang berkedudukan dalam kerajaan bersara dari jawatan tinggi. Isteri kepada orang berpangkat ini bercerita, “Dahulu ketika suami masih dalam kedudukan, rumah kami penuh hamper pemberian hadiah daripada rakan-rakan sejawat. Selepas bersara, kami tidak terima hamper sebanyak dahulu. Dalam sekelip mata sahaja. Masing-masing senyap sahaja.” Kita mungkin ketawa pada keluhan wanita ini. Apalah yang ada pada hamper yang tidak semahal mana dan dapat dibeli di pasaraya.

Tetapi wanita ini melihat hamper yang diterimanya sebagai kayu ukur kuasa dan pengaruh yang masih bersifat magnetik dalam hidup mereka.

Dia percaya kurangnya hadiah hamper dari rakan-rakan sejawat dalam kedudukan yang setara, bermakna sudah kurang pengaruh dan hormat orang pada suaminya.

Kami mendengar cerita ini dan berfikir betapa mudah kuasa pengaruh dan pesona individu pegawai tinggi ini berkurangan sama seperti kurangnya hamper yang diterima sebelum ini.

-----

Meskipun beliau seorang yang berpendidikan tinggi, menjawat jawatan yang berpengaruh, melatih beribu orang menjadi pegawai, sebenarnya beliau tidak menjadi inspirasi kepada yang lain.

Ini dapat dilihat melalui perbualan ahli keluarga mengenai usaha mencapai cita-cita hidup dan menjadi individu yang berketrampilan. Tidak ada ahli keluarga dan saudara mara menyebut nama beliau sebagai contoh inspirasi.

Kami percaya beliau seorang yang baik. Tetapi beliau tidak berpeluang mempelajari seni membina pengaruh yang jauh lebih kekal berbanding kekalnya seseorang duduk dalam jawatan tinggi.

Cerita beliau membuat kami terfikir apa yang menyebabkan kita mudah diinspirasi, terdorong dan bercita-cita menjadikan seseorang itu sebagai model menjadi individu yang lebih baik.

Apakah kuasa pengaruh yang digunakan sehingga berjaya memberi inspirasi ketika hidup mahupun ketika tiada lagi. Kuasa pengaruh yang dimiliki memberi kesan baik kepada keluarga dan rakan-rakan meskipun individu itu sudah tidak ada lagi.

Cerita bekas pegawai tinggi ini jauh berbeza berbanding cerita seorang lelaki yang miskin, tidak berpendidikan tinggi malah cacat kakinya.

Hidup dan mati beliau memberi pengaruh besar kepada orang lain kerana satu sumbangan kecil yang diberikan. Kisah ini dan resipi pengaruh yang digunakan kami dedahkan dalam satu bab khusus buku ini.

Buku ini ditulis bagi mendedahkan amalan yang dilakukan oleh pelbagai individu biasa-biasa dan tokoh dunia yang berjaya mencipta pengaruh tersendiri dan memanjangkan hayat pengaruhnya.

Kita tidak dapat lari daripada melihat sejarah individu-individu ini bagi mempelajari resipi kejayaan membina pengaruh yang positif.

Pentingnya sejarah mereka dan belajar daripada hidup mereka disebut oleh Malcom X seperti berikut, “Dengan menjadikan sejarah lalu sebagai kelengkapan diri, kita dapat merancang masa depan kita. Jika kita tahu mana kita sebelum ini kita dapat dapat tahu di mana kita sekarang dan di mana kita akan pergi selepas ini.”

30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh ditulis untuk semua. Membuang segala mitos bahawa pengaruh adalah warisan dan bersifat ajaib hanya untuk sesetengah individu.

Pengaruh alat membongkar potensi diri dan orang lain

Pengaruh menjadi tool atau alat yang mendorong diri dan orang lain membuat keputusan, memenuhi tanggungjawab dan mengubah seseorang dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain.

Kita memerlukan satu model yang bagi membina dan mengurus pengaruh. Pada peringkat umur dan peranan sosial yang pelbagai, pengaruh adalah satu elemen yang perlu ada bagi memenuhi keperluan tertentu.

* Seorang bapa menggunakan pengaruh ke atas anak-anak apabila mendidik mereka bagaimana membuat keputusan dalam hidup.
* Seorang suami menggunakan pengaruh bagi mencipta keyakinan dalam hati isteri untuk sama-sama memperjuangkan apa yang dia percaya.
* Seorang ketua organisasi menggunakan pengaruh bagi memastikan semua orang di bawahnya bekerjasama mencapai matlamat.
* Seorang imam ketika solat mempunyai pengaruhnya sendiri sehinggakan orang lain percaya, suka dan bersedia dipimpin oleh beliau ketika sembahyang berjemaah.


Membina pengaruh.Pengaruh menjadi ibadah dan insuran sosial jika kita tahu apa dan bagaimana ia perlu dilakukan. Pengaruh menjadi beban dan tekanan jika ia digunakan bagi kepentingan yang jelas melanggar moral yang sepatutnya diimbangi sebaik mungkin.

Trilogi membongkar rahsia pengaruh

Buku ini adalah trilogi kepada dua buah buku siri streetsmart terdahulu. Ia bermula dengan Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart. Ketika menulis buku ini, kami mendapati kuasa pengaruh adalah kuasa dalam diam.

Tanpa sedar kita memiliki kuasa pengaruh pada peringkat yang berbeza. Ia digunakan dalam interaksi sosial dan mengembangkan potensi diri individu. Ia menjadi elemen dalam diri pemimpin sebagaimana disebutkan oleh John Maxwell.

Selepas itu kami menulis sebuah buku berjudul Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Dalam buku ini kami mendapati individu yang dapat mengurus konflik sebenarnya berupaya memanjangkan tempoh survival dan menjadikan konflik sebagai ruang dan peluang berbanding menjadikan konflik sebagai perang.

30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh ditulis dalam bahasa Melayu yang mudah untuk pelbagai peringkat umur. Buku ini ditulis dengan satu tujuan sebagaimana disebut oleh Azree Hanifiah, salah seorang petugas World Assembly of Muslim Youth, iaitu kami mahu mendedahkan rahsia, "Kuasa pengaruh yang menyentuh emosi, membangkitkan semangat spiritual dan memberi kesedaran.”


ZAMRI MOHAMAD
HAEQAL ZULQARNAIN

sumber: link

Bertemu lagi di hari Jumaat yang penuh barakah dan maghfirah ini. Marilah kita saling doa mendoakan antara satu sama lain agar sama-sama tidak goyah dan mengalah di jalan mujahadah ini. Walau bertongkat dagu, bergalas siku… merangkak, kita akan teruskan bergerak. Kita yakin kebahagiaan bukan sahaja ada di hujung jalan tetapi di sepanjang jalan. Sebelum sampai, sudah dinilai.

Umpama sipembunuh yang telah diterima taubatnya (walau telah mengorbankan 100 nyawa) ketika mati dalam perjalanan menunju destinasi hijrah dan taubatnya (satu cerita daripada hadis yang cukup terkenal!). Ingat selalu, Tuhan yang sedang kita berhadapan dengan-Nya ini adalah Allah, yang kasih-sayang-Nya melebih kasih-sayang ibu yang paling mithali!

Seperti kebiasaannya, saya cuma ingin berkongsi. Satu nukilan alam rumahtangga yang biasa-biasa sahaja sifatnya. Sebagai bingkisan hati di pagi Jumaat yang mulia. Pesan saya buat diri dan semua, jadilah…

PENGGODA CINTA YANG MALU

Ada yang bertanya mengapa diri tertanya-tanya juga, kenapa cinta selepas kahwin (yang usianya telah bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu… tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rinxdu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!

Bila berjauhan, ada juga berkirim sms, tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? Macam mana anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga-bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.

Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah. Tetapi bila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua dahulu, bila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, bila dekat (sudah hari-hari di sisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?

Kata sesetengah lelaki (entah species mana), wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan begitu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kehendaknya tidak terbatas. Kerenahnya tidak kenal puas. Melayani nafsu bagai meminum air laut, semakin diminum semakin haus.

Kata orang itulah sebabnya lelaki berpoligami. Dia tidak cukup dengan satu. Hujjah itu salah sama sekali. Jika lelaki itu rakus nafsu, bukan setakat dua, tiga dan empat, bahkan lima, enam, tujuh wanita sekalipun dia tidak akan pernah puas. Lihat sahaja Tiger Woods yang mengaku berselingkuh dengan 120 wanita! Poligami bukan untuk maladeni (melayan) nafsu lelaki ini , tetapi kerana ada hikmah lain yang lebih murni.

Kita tinggalkan lelaki yang bersifat ‘jantan’ itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteripun ada salahnya. Selepas sahaja dia bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu ‘murah’. Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai ‘jual mahal’ untuk mendapat perhatian suami.

Jika dulu puas berlangir, berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah berkahwin lain pula ceritanya. Bau badan tidak dijaga, asyik ‘mendedah aurat’ (maksudnya berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Bila setiap masa terdedah, di mana indahnya? Ingat selalu, seni memikat hati suami. Apa salahnya menggoda suami sendiri?

Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Menguyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sunggup sopan, persis gadis pingitan. Maaf, lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin mengurang. Cara duduk, tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya… tidak semerdu, ketawa, ha.. ha.. ha.. berdekah-dekah. Mana hilang malunya?

Jangan terkejut jika kita ‘menjual’ terlalu murah, orang akan meragui kualitinya. Suami akan berhenti ‘memburu’ anda jika anda terlalu jinak dan murah. Ini bukan bermaksud untuk mendorong anda menjadi terlalu liar atau terlalu mahal… tetapi belajarlah malu-malu seperti mula-mula kahwin dahulu. Insya-Allah, suami anda akan menjadi pemburu yang merancang seribu satu taktik dan strategi untuk memikat dan mendapatkan kasih-sayang anda. Biar dia menjadi pemburu cinta mu!

Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu, dia akan dapat mengekalkan sifat, kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami. Dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat. Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan menjadi lebih cantik selepas itu. Sesungguhnya, malu itu satu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.

Ya, seperti permata. Ia selalu disimpan dalam bekas yang cantik. Diletakkan dalam almari dan dikunci. Hanya sekali-sekali dibuka dan untuk orang yang tertentu sahaja. Permata tidak dipamerkan merata-rata atau dibiarkan terdedah sentiasa. Jika terdedah sentiasa, itu bukan permata, itu hanya kaca. Maka begitulah dengan malu. Ia akan mendorong siisteri mengekalkan keanggunan, perhiasan diri dan kejelitaannya.

Belajarlah dari bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali-sekala… Bulan tidak mengambang setiap malam… kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu. Begitulah isteri yang masih malu, suami akan menjadi perindu.

Bagaimana pula gaya seorang perindu? Ah, memburu cinta perlu bergaya. Jika yang diburu itu indah, yang memburu juga akan memperindahkan dirinya. Kita tidak akan menyentuh permata dengan tangan yang kotor. Kita tidak akan tega mengusapnya dengan tangan yang berbau. Yang indah perlu disentuh dengan yang indah jua. Yang harum perlu ditantang dengan yang harum juga.

Jadi bagaimana? Ya, bukan untuk para isteri sahaja, untuk suami juga perlu ada malunya. Jika anda inginkan isteri anda berhias, anda bagaimana? Tegakah kita asyik berkain pelikat, berbaju T dengan perut ‘boroi’, rambut kusut tak bersikat tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita? Maaf, kalau itulah ‘umpannya’ anda akan dapat ‘ikan’ yang begitu juga.

Ingat selalu hukum pantulan, apa yang kita berikan akan kita terima semula sebagai balasan. Jika buruk yang kita tampilkan, maka yang buruk juga akan datang sebagai balasan. Begitulah juga dengan hukum tarikan, yang baik akan menarik yang baik, yang cantik akan menarik yang cantik.

Suami inginkan isteri berubah, tetapi kenapa anda berada ditakuk lama juga? Ingat, perubahan andalah yang akan merubah orang lain. Ubahlah penampilan diri. Kalau isteri jadi penggoda, anda harus jadi pemikat. Bagaimana ya? Jangan tanya bagaimana, jika kita sudah ada kemahuan. Kemahuan akan menyebabkan anda memperoleh pelbagai cara. Kata orang, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.

Jadi, bertanyalah dengan diri, mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri waktu mula bertemu dahulu? Mana kata-kata manis yang menjadi madah cinta waktu bercanda dulu? Mana wajah prihatin, muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas ketika mula-mula bersama dulu? Carilah, kita tidak terlalu tua untuk itu. Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaikan?

Usahakan semula segalanya dengan membina semula rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim berlaziman. Jika terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Sebab itu kata hukama, “bila kau hilang malu lakukanlah segalanya.” Maksudnya, bila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir haram dan halal lagi… semuanya dilanggar tanpa segan-silu lagi. Antara ciri isteri yang solehah ialah isteri yang mengekal rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak mencium sesuatu yang busuk dan mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya.

Ya, diantara perbezaan insan dengan haiwan, selain insan punya fikiran ialah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam Islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya, untuk mencari semula rasa yang malu yang dulu, samalah seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu.

Rasulullah SAW sendiri sangat menghargai sifat malu. Sehinggakan baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Usman datang menemuyinya. Kenapa? Ini kerana sayidina Usman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya.

Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya. Justeu, suburlah rasa cinta dalam rumah-tangga dengan menyuburkan semula rasa malu.

TELADAN CINTA KITA

Dia pahlawan yang dimuliakan wajahnya
Dia puteri dari zuriat yang mulia
Ali pewaris keberanian dan kebenaran
Fatimah titipan kesabaran dan kesucian
Persandingan itu…
di pelamin kemiskinan

Fatimah…
Puteri terpuji, isteri teruji,
Suami di medan jihad
Kau bermandi keringat
Jauh-jauh mencari air…di padang pasir
Di sengat sinar mentari
Sedikitpun tidak kau kesali
Untuk suami, kerana Ilahi

Ali…
Pahlawan unggul, ilmuan tersohor,
Syair setajam senjata
Gagah sekukuh kota
Kau kunci gedung nubuwwah
Kau fakir yang pemurah
Kau wira di sebalik selimut hijrah
Berkorban nyawa untuk Rasulullah

Ali & Fatimah…
Subuh itu mereka berdua bertemu Nabi
Lalu diluahkan ketandusan upaya
Betapa tenaga seakan tak mampu lagi
Untuk menanggung beban keluarga
Sudilah kiranya dihadiahkan seorang sahaya

Tersenyum Rasulullah mendengar rintihan
Lalu diberikan zikir sebagai gantian
Tiga kalimat sarat keberkatan
Subhannallah, Alhamdulillah, Alllah hu Akbar
Lalu esoknya mereka datang lagi…
Bersama satu kelapangan dan kekayaan hati
Cukuplah kami tak perlu apa-apa lagi!

Mereka miskin harta tapi kaya jiwa
Sering berpisah tapi tak gundah
Mereka bercinta kerana Allah

Indahnya mempelai di pelamin kemiskinan
Bila bersanding dua kemuliaan..
Seorang lelaki bergelar karamallahuwajjah,
seorang wanita yang az zahrah!

(…Sajak nukilan lama yang telah diangkat menjadi Nasyid)


::copy n paste from:: here
Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.

Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah – manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.

Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.

Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’. Dan hasil berfikir itu saya tumpahkan dalam sebuah artikel yang sengaja saya imiginasikan dalam bentuk dialog. Ikutilah dialog yang saya nukilkan selepas Subuh pagi tadi :

MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

::copy n paste::from::here

Rahsia Di Sebalik Musibah
Thursday, 15 October 2009 13:04 Abu Ridhwan

Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui terhadap semua yang dilaksanakan dan ditetapkan. Sebagaimana juga Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui terhadap semua syari'at dan semua yang diperintahkan. Allah menciptakan tanda-tanda apa saja yang dikehendakiNya, dan menetapkannya untuk menakut-nakuti hambaNya. Mengingatkan terhadap kewajiban mereka, yang merupakan hak Allah ‘Azza wa Jalla.

Mengingatkan mereka dari perbuatan syirik dan melanggar perintah serta melakukan yang dilarang. Sebagaimana firman Allah.
“Dan tidaklah Kami memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakut-nakuti” (Al-Israa : 59)
Dan FirmanNya lagi:
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar. Dan apakah Rabb-mu tidak cukup (bagi kamu), bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu” (Fushilat : 53)
Allah ‘Azza wa Jalla juga berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah (Wahai Muhammad) : “Dia (Allah) Maha Berkuasa untuk mengirimkan azab kepada kalian, dari atas kalian atau dari bawah kaki kalian, atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan), dan merasakan kepada sebahagian kalian keganasan sebahagian yang lain” (Al-An'am : 65)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Shahih-nya dari Jabir bin Abdullah Radhiallahu 'anhu, dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, dia (Jabir) berkata :
“Saat firman Allah Azza wa Jalla “Qul huwal al-qaadiru 'alaa an yab'atsa 'alaikum 'adzaaban min fawuqikum” turun, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berdo'a : “Aku berlindung dengan wajahMu”, lalu beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melanjutkan (membaca) “Awu min tajti arjulikum”, Rasulullah berdo'a lagi, “Aku berlindung dengan wajahMu”.
Diriwayatkan oleh Abu Syaikh Al-Ashbahani dari Mujahid tentang tafsir ayat ini: “Qul huwal al-qaadiru 'alaa an yab'atsa 'alaikum 'adzaaban min fawuqikum”. Beliau mengatakan, iaitu halilintar, hujan batu dan angin taufan. “Awu min tajti arjulikum”, gempa dan tanah runtuh.

Jelaslah, bahawa musibah-musibah yang terjadi pada masa-masa ini di beberapa tempat termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) kekuasaan yang digunakan untuk menakut-nakuti para hambaNya. Semua yang terjadi di alam ini, (yakni) berupa gempa, tanah runtuh, banjir dan peristiwa lain yang menimbulkan bahaya bagi para hamba serta menimbulkan berbagai macam penderitaan, disebabkan oleh perbuatan syirik dan maksiat.
Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
“Dan musibah apa saja yang menimpa kalian, maka disebabkan oleh perbuatan tangan kalian sendiri, dan Allah mema'afkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)” (Asy-Syuura : 30)
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
“Nikmat apapun yang kamu terima, maka itu dari Allah, dan bencana apa saja yang menimpamu, maka itu kerana (kesalahan) dirimu sendiri” (An-Nisaa : 79)
Tentang umat-umat terdahulu, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
“Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil, dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur (halilintar), dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri” (Al-Ankabut : 40)
Maka wajib bagi setiap kaum Muslimin yang mukallaf dan yang lainnya, agar bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla, istiqamah diatas Deen (agama)Nya, serta waspada terhadap semua yang dilarang, iaitu berupa perbuatan syirik dan maksiat. Sehingga, mereka selamat dari seluruh bahaya di dunia dan akhirat, serta Allah menolak semua azab dari mereka, dan menganugerahkan kepada mereka segala jenis kebaikan. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.
“Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya” (Al-A'raaf : 96)
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
“Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalan naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi” (Al-A'raaf : 97-99)
Al-Allamah Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan: ”Pada sebahagian waktu, Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan izin kepada bumi untuk bernafas, lalu terjadilah gempa yang dahsyat. Dari peristiwa itu, lalu timbul rasa takut pada diri hamba-hamba Allah, taubat dan berhenti dari perbuatan maksiat, tunduk kepada Allah dan penyesalan. Sebagaimana perkataan ulama Salaf, pasca gempa. ”Sesungguhnya Rabb kalian mencela kalian”, Umar bin Khaththab Radhiyallahu 'anhu, pasca gempa di Madinah menyampaikan khutbah dan nasihat; beliau Radhiyallahu 'anhu mengatakan, ”Jika terjadi gempa lagi, saya tidak akan mengizinkan kalian tinggal di Madinah”.
Atsar-atsar dari Salaf tentang hal ini sangat banyak. Maka saat terjadi gempa atau peristiwa lain, seperti gerhana, angin ribut atau banjir, wajib segera bertaubat kepada Allah ‘Azza wa Jalla, merendahkan diri kepadaNya dan memohon ‘afiyah kepadaNya, memperbanyak zikir dan istighfar. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika terjadi gerhana.
”Jika kalian melihat hal itu, maka segeralah berzikir kepada Allah Azza wa Jalla, berdo'a dan beristighfar kepadaNya”

Disunnahkan juga menyayangi fakir miskin dan bersedekah kepada mereka. Berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, ”Kasihanilah, niscaya kalian akan dikasihani”
Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. ”Orang yang menebar kasih sayang akan disayang oleh Dzat Yang Maha Penyayang. Kasihinilah yang di muka bumi, kalian pasti akan dikasihani oleh (Allah) yang di atas langit”

Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, “Orang yang tidak memiliki kasih sayang, pasti tidak akan disayang”
Diriwayatkan dari ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz rahimahullah, bahawa saat terjadi gempa, dia menulis surat kepada pemerintah daerah agar bersedekah.

Diantara faktor terselamatnya dari segala keburukan, adalah apabila pemerintah segera memimpin rakyat dengan al-haq, menerapkan hukum Allah ‘Azza wa Jalla, di tengah-tengah mereka, memerintahkan kepada yang ma'ruf serta mencegah kemungkaran. Sebagaimana firman Allah ‘Azza wa Jalla,
”Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka ta'at kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijakasana” (At-Taubah : 71)

Allah berfirman,
”Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,(iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, niscaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan” (Al-Hajj : 40-41)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman.
”Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya” (Ath-Thalaaq : 2-3)

Ayat-ayat tentang ini sangat banyak.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
”Barangsiapa menolong saudaranya, maka Allah ‘Azza wa Jalla akan menolongnya” (Muttafaq 'Alaih)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa yang membebaskan satu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, maka Allah ‘Azza wa Jalla akan melepaskannya dari satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan akhirat. Barangsiapa memberikan kemudahan kepada orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan dia di dunia dan akhirat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, maka Allah ‘Azza wa Jalla akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah Azza wa Jalla akan selalu menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahih-nya)
Hanya kepada Allah kita memohon agar memperbaiki situasi dan realiti kaum Muslimin, memberikan kefahaman agama dan menganugerahkan kekuatan untuk istiqamah, segera bertaubat kepada Allah ‘Azza wa Jalla dari semua perbuatan dosa. Semoga Allah memperbaiki situasi para penguasa dan pemimpin kaum Muslimin, semoga Allah menolong al-haq melalui mereka serta menghinakan kebatilan, membimbing mereka untuk menerapkan syari'at Allah ‘Azza wa Jalla atas para hamba. Dan semoga Allah melindungi mereka dan seluruh kaum Muslimin dari fitnah dan perangkap syaitan yang menyesatkan. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk hal itu.

(Dipetik dari tulisan Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz dalam Majmu Fatawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah IX/148-152).

::copy n paste:: tq abu ridhwan::

Akhir-akhir ini, pelbagai perkara yang berlaku. Perkara yang apabila kita bertenang, kemudian menarik nafas panjang dan meleraikan kekusutan yang berkecamuk di kepala, sebenarnya kita boleh tersenyum kerananya…

Rindunya pada dia yang pernah menunjukkan pada diri ini bahawa kita boleh menjadi pohon yang berbuah rendang. Yang apabila dibaling batu, membalas dengan buah yang masak ranum. Kami bertemu kerana kami punya cita-cita yang sama, walaupun kami ini berbeza kabilah…

Terdapat satu peristiwa yang tidak mungkin terluputkan dari ingatan. Lidah ini, tanpa sedar telah mengguris hatinya dengan kata-kata yang pelik. Kenapa pelik? Kerana (baruku sedar) hanya orang-orang yang pelik-pelik saja yang berkata-kata begitu…

“Astagfirullah! Istigfar ukhti, istigfar!”
Goncangan terasa cukup kuat, bukan sekadar menggegarkan tubuh ini, namun turut sama menggegarkan rasa yang terdalam.
“Terlalu banyak persamaan kita, kenapa hanya perbezaan yang sedikit itu yang enti nampak? Di mana berlapang dada enti?”
Jelas kelihatan air jernih disudut matanya. Dia segera berlalu. Mungkin membawa hati yang luka.

Astagfirullah… kertas dicapai, dan satu garis lurus dibuat. Disudut kiri ditulis SAMA, dan kanan pula BEZA. Benar katamu… bahagian sebelah kanan hampir saja kosong jika bukan kerana satu atau dua perkataan. Namun, perkataan itulah yang dikorek-korek, hingga menjadi luka yang membusung. Sehingga bernanah-nanah dan mengeluarkan bau yang busuk. Bukankah Rasulullah pernah menegur Muhajirin dan Ansor untuk meninggalkan seruan jahiliyah itu? Kenapa tidak diambil pengajaran dan masih menjadi PELIK?

Maafkan wahai ukhti, kiranya diri ini terlupa seketika pesan itu… kiranya, diri ini terlalai pada kata-kata yang selalu diulang-ulang… bekerja sama atas perkara yang disepakati, berlapang dada pada perkara yang diperselisihkan…

Petang itu enti pulang bersama buah tangan yang sangat banyak dan senyum manis yang paling menawan. Jazakillah ukhti, kerana pengertian… kerana sudi memaafkan… kerana memberi peluang…

Alhamdulillah, kita telah dipertemukan seawal menjejakkan kaki ke Negara Antah Berantah ini. Rupanya, itulah antara bekalan yang penting yang diperlukan…
***
Masjid Biru ini memang sentiasa penuh terutamanya pada waktu-waktu solat begini. Tiba-tiba, satu suara yang familiar memberi salam. Rupanya seorang kakak senior dalam kabilah, yang sama-sama baru selesai berjemaah. Selepas bertukar khabar, dia bertanya.
+“Dah mula ‘bekerja’ di sini?”
-“InsyaAllah, Alhamdulillah.”
+“Mesti dah berlaku bertembungan dengan kabilah sebelah.”
-“Ana tak faham.”
+“Belum pernah bergaduh dengan mereka ke? Kalau belum maknanya enti belum betul-betul bekerja lagi.”
Ana tersengih. Aduhai kakakku…
-“InsyaAllah setakat ni ana rasa ana sudah bekerja, tapi belum ada perselisihan macam yang akak cakap tu.”
+“Maknanya belum betul-betul lagilah tu. Indikator bekerja di Negara Antah Berantah ni adalah bila kita sudah bertembung dengan mereka. Barulah betul-betul bekerja namanya.”
-“Kelakarlah akak ni. Indikator tu tak pernah ana dengar. Memang ana faham, siapa yang bekerja dia akan berdepan dengan masalah, tapi bukan bercakar sesama sendiri.”
+“Enti belum faham lagi. Istilah sesama sendiri tu tak sesuai. Waqi’ di sini memang macam tu. Mereka akan cuba bergaduh dengan kita.”
-“Kalau begitu, ana pilih untuk tidak faham sajalah. Jika ada yang mahu bergaduh, biar mereka bergaduh sorang-sorang. Ana nak berkawan. Jika semua orang pun begitu, biarlah ana yang mengubahnya, bermula dengan diri ana sendiri.”
+“Nampak sangat enti masih baru dan tidak faham apa-apa.”
-“Jazakillah kak. Beruntunglah ana sebab masih baru dan tidak faham. Mujur juga sebab kalau tidak mesti ana pun praktikkan benda yang sama…”

Bicara petang itu membuatkan diri teringat pada peristiwa yang membekas dihati ini. Hp menerima mesej yang sangat panjang, penuh dengan kata-kata benci dan meluat.
“…Harap selepas ni enti jgn hubungi ana lagi. Ana sudah ber‘janji’ untuk tidak mendengar dan bercakap dengan enti lagi…”
Kala itu, ukhti yang dirindui sedang bersama menikmati minum petang (yang sebenarnya breakfast, lunch dan dinner kita juga hari itu). Enti tersenyum sambil berkata,
“Islam itukan menganjurkan persaudaraan dan dakwah kita adalah dakwah kasih sayang…” Sambil menepuk bahuku, enti berkata penuh makna;
“Hei Daie… hati jangan sejemput!!!”

Esoknya, di dewan kuliah. Nota pendek tulisan tangan (yang tidak berapa cantik itu) dilipat kemas, kemudian diselitkan pada buku ukhti yang menghantar sms semalam. Nota itu punya dua perenggan, dimulai dengan ayat,
“…enti cuma janji untuk tidak berjumpa dan bercakapkan? Jadi apa kata ana menulis surat?…”
Dan tengah hari itu, kami solat berjemaah bersama-sama disurau fakulti.
Walaupun kami berbeza kabilah, namun kami yakin. Jika suatu hari nanti, tibanya masa untuk kami bekerja bersama, maka perkara itu adalah mudah untuk kami lakukan.
Kerana antara kami,
tiada perselisihan,
tiada luka atau guris yang memedih,
tiada rasa superior atau inferior antara satu dengan yang lain…
yang ada cuma rasa kasih sayang yang mendalam,
kerana ukhuwwah kami fillah…
kerana pada pandangan mata kami yang baru dan mentah ini,
kami adalah ‘sesama sendiri’…
sama ada memandang atau dipandang,
yang jelas tertera pada kami,
adalah kami punya cita yang sama…

***
Teringat kepada adik yang sedang berada jauh di mata. Seringkali bila nombor seberang laut tertera di hp, hati menjadi risau. Musibah apa pula yang melanda kali ini? Dan setiap kali itulah yang mampu dipesan adalah; Sabar, Ikhlas dan perhatikan Akhlak…
Dalam air mata dan sendu kamu itu, kamu diingatkan kepada akhlak…
kenapa ia juga penting? Sepenting sabar dan ikhlas? …

Kerana kita bersaudara dik…
kerana bapa kita adalah ISLAM dik…
insyaAllah kita akan bersatu suatu hari nanti…
dan jika kita menjaga akhlak kita,
insyaAllah, usaha ke arah itu akan lebih mudah.
Kerana kita tidak perlu segan dan malu dengan kesilapan lalu,
dengan terkasar bahasa dan hati yang terguris…
(ke, memang tidak terlintas bahawa suatu hari nanti kita akan bersatu? Huhuhu, nauzubillah…)
Adik sedihkah diri dihina? Adik sedihkah diri diasingkan? Adik sedihkah dikatakan asing? Adik sedihkah dengan semua yang pelik-pelik itu? Hati adik pedihkah dengan kata-kata itu?

Adikku, dengar baik-baik ya…
“Hey daie… hati jangan sejemput!!!”

***
Untuk diri sendiri, jgnlah tutup mata, telinga, dan terutama sekali hati… untuk terus menerus mencari dan mendapatkan kebenaran… kebenaran itu, walaupun pahit, akan tetap benar… teringat seawal-awal mengenal madrasah ini, diri bertanya kepada sorg dia yang dipanggil murobbi… “Kita ini siapa?” jawab dia sambil tersengih, “Kita adalah penegak yg hak, penolak kebatilan!”

Ukhti yang dirindui… Jazakumullah hu khairan jaza untuk mu (dan ramai lagi sebenarnya di luar sana, yang pernah ditemui atau insyaAllah akan ditemui ) kerana menunjukkan bukti bahawa membalas perbuatan buruk dengan balasan baik boleh dilakukan. Dan ianya mudah dilakukan serta memudahkan… jika tidak melihat dengan mata kepala sendiri, entah sampai bila ungkapan-ungkapan itu hanya tinggal teori-teori kosong… Alhamdulillah…

Ana rindu enti, dan sindiran itu…

“Hei daie… hati jangan sejemput!!!”


::cerpen yang dikutip dari blogspot /wordpress::forgot where i got::thanks to the writer::


Mak…..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….

Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..

mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ……
kengkadang siaran indonesia …
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi….
ada kat dalam gulung tikar…..

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju… ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..

Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami yer mak….

Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..

Lepas tu bila kereta kiter sampai….
mak buat kenduri kesyukuran.. ….
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..

Mak….
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan …
ampon kan kiter….
Mak…..
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital….
nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn

Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …..
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….

Mak…..
Kiter masih ingat lagi…
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan …..
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….

Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak..!
Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…
anak mak yang seorang tu demam….

Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…

Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan …?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..

Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…
kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

so the conclusion, love our mom.

she’s the person that care about us the most!

::got this from my friends blog, thanks to him.( thnks along )::

pinjam post utk kesedaran bersama. =)

Buat tatapan pemuda ummah

1) Baiki kesilapan, kesalahan , ketidakurusan

2) Always ask lecturer, friends and struggle by your own self

3) Manage your time rightfully, Close with lecturer .decide n prepare everything early

4) After learning/lecture. Immediately learn by yourself to understand and make it tidy in your mind.

5) If not understand, immediately ask lecturer n explore everything by yourself

6) Don’t let yourself feel pening with small matters/others small thing.

7) Do a lot of test /exercise

8) Jadi Yang terbaik.

9) Sms selalu-zikrullah

10) Call on time-solat

11) Selamat setting hati, jiwa,akal lillahitaala

12) Upgrade iman, suburkan dengan al-quran

13) Download zuhud

14) Upload istiqomah

15) Delete jahiliyah and munkar

16) Update tarbiyah+usaha+doa+pengorbanan

17) Topup ilmu dunia plus akhirat.

18) Graduan mesti bijak memilih maklumat(Raja Nazrin)

19) Mesti bijak dalam bidang kamu

20) Yang betul kena betul

21) Yang salah tetap salah

22) Jangan jadi orang yang buat keputusn yang salah

23) Jangan jadi orang yang bodoh

24) Jangan nilai tanpa maklumat.

25) Jgn lepak lama2 tengok cite/bersembang kosong

26) Jgn tengok citer maksiat

27) Jgn makan mcd, kfc, pizza..elakkan. x boleh sokong yahudi lagi!( jgn membazir duit juga)

28) Jgn main game je, sampai tak ingat study

29) Jgn tangguh keje

30) Jgn makan banyak

31) Jgn tido banyak

32) Jgn malas mandi

33) Jgn online dlm klas time lecture

34) Jgn bangun lewat pagi

35) Jangan tak buat latihan

36) Jangan x buat keje assignment

37) Jgn x letak soalan bila buat assignment

38) Jgn x prepare untuk quiz /belajar/lecture

39) Jgn tak tanya lecturer kalau x fhm. Jgn taruh akhir sem baru nak Tanya.

40) Jgn mengumpat

41) Jgn citekan keburukan org lain

42) Jgn melaga-lagakan org

43) Jgn car kesalahan org lain

44) Jgn egois dan suka pentingkan diri sendiri

45) Jgn sukar pohon maaf

46) Jg sukar ucap terima kasih

47) Jgn banyak main

48) Jagn buang masa

49) Jgn stress sgt

50) Buat jadual perhubungan

51) Buat jadual pertemuan

52) Belajar-banyakkan masa belajar sendiri

53) Study banyak2. Rajin rajin

54) Lebihkan masa study

55) Pergi- kursus kemahiran, kursus++

56) Kursus dan perbentangan ilmiah

57) Bajet/simpan rm 200 every month.


::hardisk::

::muhasabah diri::buat pembaharuan::betulkan niat kerana ALLAH semata-mata::Charge bateri Iman agar tetap subur dengan siraman cahaya keimanan kepada ALLAH::